BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Tuesday 8 March 2016

HENTIKAN

dalam dia ada kau
dalam kau ada dia
dalam aku ada kau

semua kau berang
semua kau juang
semua kau serang
semua kau menang

hai,
sampai bila pandang negatif
sampai bila tiadanya positif
sampai bila-bila pun la jerih

jerih perih kau usaha
pekik lolong kau meronta
namun tiada siapa yang peka
kerana balik-balik engkau sahaja
yang mengadu domba
usaha hanya untuk mendabik dada 

cukup-cukup la 
engkau aku dia semua sama
makhluk tuhan yang tiada kuasa
banyakkan berdoa agar segalanya kembali lega

~SNA

4 comments:

NUFFNANG